Wednesday, December 12, 2012

Peliknya ....
Bola punya hal,pukul 3 pagi boleh bersengkang mata.
Bola punya hal,ringan aje tubuh untuk bangun diwaktu
ayam pun tak bangun lagi Tapi,pukul 3 pagi akan jadi
terlalu berat utk bangun jika disuruh tahajjud 2rakaat
diwaktu sahur cukup menyeksakan baginya.

Peliknya  ..
menangis teresak-esak sbb penyanyi pujaan terkeluar
dari Akademi
Fantasia air mata sungguh murah melimpah pabila artis
pujaan turut
menangis namun, berapa sgt umatku yg sudi melinangkan
air matanya sbg
taubat kpd yg Esa?berapa sgt umatku yg menangisi
kerana kematian
seseorang ulama dan solehin?

Peliknya ....
sms berpuluh ringgit dgn senang hati dihantar, janji
penyanyi pujaan
terpilih. jari-jemari begitu ringan menaip nama
penyanyi pilihan dan
nombor undian. tapi, jari jemari begitu berat utk
mengambil seringgit
utk dimasukkan kedalam tabung masjid tangan begitu
kaku utk menghulurkan
seringgit dua ke jalan Allah.

Peliknya ....
gembira dia sbb anak pandai menyanyi dan pandai main
piano sedih
sekali dia pabila anaknya tak dpt masuk Akademi
Fantasia. Malaysian
Idol, namun, tak ramai umatku yg sedih jika zuriatnya
buta al-Quran tak
ramai umatku yg resah jika anaknya tidak tahu sujud
kpd yg Esa.

Peliknya ....
sanggup bersesak-sesak,berhimpit-himpit dipadang
konsert hiburan..
sanggup memberi komitmen memenuhi dan memeriahkan
konsert hiburan
sedihnya..program Allah 5 kali sehari di Masjid tidak
dapat sambutan
meriah dari umatku mereka tidak sanggup untuk berdiri
dlm saf walaupun 5
minit ***a.

Peliknya ....
setiap tahun adanya pertandingan tilawah al-Quran tak
cukup peringkat
kebangsaan..dibuat peringkat antarabangsa tapi,dengan
al-Quran masih
lagi bersikap ikut selera mana rasa elok,
diamalkan..mana rasa tak elok
untuk nafsu,baca aje dah le.

Peliknya ....
setiap tahun mereka sanggup menjadi penunggu setia
kepada jam 12 mlm
pd hari merdeka, pada hari tahun baru jam 12 mereka
akan bersorak
ramai-ramai..tak kira jantan betina detik saat jam 12
,saat yg
ditunggu-tunggu tanpa berkedip mata melihat jam besar.
sedihnya..tak
ramai yg mampu dan mahu menunggu waktu solat lebih
awal di masjid

Peliknya ....

setiap kali aku menulis fakta yang benar dan kenyataan
tentang
bangsaku, kaumku , pasti ada suara2 sumbang
dan lantang yang
cuba mempertikaikannya umpama menegakkan benang yang
basah.


Tak salah rasanya kalau kita sedar dan
menyedarkan.....


   Ikhlas dariku

No comments:

Post a Comment